Wednesday, July 14, 2010

Politik : Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam

KOTA BHARU 13 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.
Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.
Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.
"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.
"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.
Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.
Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.
Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:
"Betullah tu... Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.
"Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan," tegas beliau.
Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas

Sunday, July 11, 2010

AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAW. DESA R.T.B BAGI TAHUN 2008-2011

 PENGERUSI TETAP
SDR. MOHD. AZAMI B. MAT SURIMMI

KETUA PEMUDA
SDR. SHAIFUL B. MAT SAPAR

NAIB KETUA PEMUDA
SDR. NORHISHAM B. PAIMIN

PENOLONG SETIAUSAHA
SDR. IZANURI B. WIJAN

PENOLONG BENDAHARI
SDR. SAHARUDIN B. TUGIMAN

KETUA PENERANGAN
SDR. MOHD. AZAMI B. MAT SURIMMI

AHLI JAWATANKUASA 
SDR. MOHD. FAREZ B. M.RAHIM
SDR. NORAMLEY B. YASAR
SDR. SHARIL B. MOHD. SHARIF
SDR. NOR AZAKI B. JAMIL
SDR. MOHD. TAZARUL B. TAMSIR
SDR. MOHD. AMIR RAFINI B. ISHAK
SDR. IZANUDIN B. WIJAN

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dgn izin dan kurnia Nya dapatlah Pergerakan Pemuda Umno Desa R.T.B menyiapkan sebuah laman sesawang sendiri untuk menjadi rujukan kepada ahli-ahli pergerakan dan juga kepada sesiapa sahaja khusus nya kepada pemuda-pemuda di Malaysia.

Anak-anak muda merupakan tunjang dan kekuatan di dalam rehla pembangunan negara dan pembinaan ketamadunan bangsa sebagai dinyatakan oleh Ulama Islam terbilang, Imam Al-Ghazali yang menyifatkan jatuh dan bangunnya masa depan sesebuah negara atau bangsa itu dapat dinilai melalui kualiti anak-anak mudanya pada masa kini.Sehubungan dengan itu, adalah menjadi suatu tanggungjawab kita sebagai ahhli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang bertaat setia berkhidmat untuk rakyat demi agama, bangsa dan tanah air untuk mengisi tuntutan dan menyahut cabaran kepimpinan zaman dengan menuai dan melaksanakan amanah yang dipikul dengan bijaksana, iltizam dan istiqamah.

Insya Allah, dengan berkat kesungguhan dan kerja keras kita bersama disamping inisiatif-inisiatif penambahbaikan sistem pentadbiran, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita akan dapat terus mempastikan bahawa negara kita akan terus aman dan makmur di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Hidup UMNO!
Dulu,Kini dan Selamanya.

Wassalam dan Salam Perjuangan.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO DESA R.T.B