Sunday, July 11, 2010

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dgn izin dan kurnia Nya dapatlah Pergerakan Pemuda Umno Desa R.T.B menyiapkan sebuah laman sesawang sendiri untuk menjadi rujukan kepada ahli-ahli pergerakan dan juga kepada sesiapa sahaja khusus nya kepada pemuda-pemuda di Malaysia.

Anak-anak muda merupakan tunjang dan kekuatan di dalam rehla pembangunan negara dan pembinaan ketamadunan bangsa sebagai dinyatakan oleh Ulama Islam terbilang, Imam Al-Ghazali yang menyifatkan jatuh dan bangunnya masa depan sesebuah negara atau bangsa itu dapat dinilai melalui kualiti anak-anak mudanya pada masa kini.Sehubungan dengan itu, adalah menjadi suatu tanggungjawab kita sebagai ahhli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang bertaat setia berkhidmat untuk rakyat demi agama, bangsa dan tanah air untuk mengisi tuntutan dan menyahut cabaran kepimpinan zaman dengan menuai dan melaksanakan amanah yang dipikul dengan bijaksana, iltizam dan istiqamah.

Insya Allah, dengan berkat kesungguhan dan kerja keras kita bersama disamping inisiatif-inisiatif penambahbaikan sistem pentadbiran, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita akan dapat terus mempastikan bahawa negara kita akan terus aman dan makmur di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Hidup UMNO!
Dulu,Kini dan Selamanya.

Wassalam dan Salam Perjuangan.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO DESA R.T.B

No comments:

Post a Comment